Saturday, May 1, 2010

Tribute for them

Ramai antara kita dikenali disebabkan kehebatan kita tak kiralah dalam apa2 bidang sekalipun. Namun aku berasa terpanggil nak mengekspresikan rasa kagum aku ngan insan insan hebat yang aku kenali bukan sebab kejayaan mereka tetapi ketabahan mereka.

Jujurnya,aku rasa tak puas hati ngan result spm sebelum ni. Kadang2 timbul rasa cemburu ngan mereka yang lebih berjaya. Bila dah dapat offer pulak,pening nak pilih antara matriks ngan asasi. Tapi tu perkara biasa sebab kita ada pilihan. Aku tak menafikannya. Wajarlah kita pilih yang terbaik untuk diri kita. Dan wajarlah kita mahu dapat lebih baik dari apa yang ada. Itu naluri manusia

Tapi aku memandang tinggi pada mereka yang dapat menghadapi kegagalan tanpa banyak kerenah. Bukan sebab  mereka layak untuk gagal. Bahkan mereka lebih layak mencapai kejayaan berbanding dengan mereka yang tak berusaha. Tapi sudah bukan rezeki mereka. Apabila orang lain pening dengan tawaran ipt yang menimbun, mereka pula pening mana nak dicari ipt yang sanggup menerima mereka. Tetapi mereka masih boleh menasihati dan memberi pandangan kepada yang berjaya. Mereka masih lagi boleh mengucapkan tahniah dan menunjukkan rasa seronok mereka dengan kejayaan orang lain.

Mereka ini juga insan insan yang hebat walaupun tidak dipandang masyarakat. Seperti yang pernah diutarakan kat post dulu,masyarakat lebih memandang mereka yang hebat dalam bidang akademik berbanding bidang lain. Walau apapun rezeki Allah ada di mana mana, terpulang kepada kita untuk mencarinya. For me guys, you are the best

No comments: