Monday, May 31, 2010

Peerjalanan mencari ilmu telah pun bermula. Aku dah 8 hari dah kat uitm (plus minus la). Overall, aku puas hati gak ah ngan uitm nie.Yang tak berapa bez nyer fakulti ngan kolej jauh haram. Kena naek turun tangga banyak sebab kat sini area bukit. Dah la rumah pun kat tingkat tujuh. Dok sini setahun kalo berat aku tak turun2 gak, memang sah aku tak leh kurus. Hahahaha. Kat sini budak sekolah dulu pun ramai. So,aku xde la bosan sangat. Plus housemates pun semua ok. InsyaAllah aku boleh berjaya kat sini. Just kena jaga attitude dan jangan hanyut je la.

Friday, May 21, 2010

Not my day (again)

First of all, congrats kepada sume fighters 0509 yang dapat tawaran untuk persediaan ke luar negara dengan tajaan JPA, MARA dan sebagainya. Korang semua hebat. Wee~~~. Aku bangga ngan korang sume. Then,aku x dapat pun offer daripada JPA. Aku still akan wat rayuan sebab ada lagi harapan untuk aku di sana. Mungkin. Sape yang taw kan. Mula2 tu tak rasa pun tak dapat JPA. Sebab nak gi shpping for UiTM. Then bila balik ke rumah pojan,feeling tu datang ah sket2. Kalo dah alone tu,rasa tersangatlah down. Mungkin aku pernah cakap kat kawan2 aku yang aku mungkin tak terjejas kalo aku x dapat JPA. Tapi, I'm still a human. Aku tak leh elak daripada perasaan tuh. Aku jealous ngan sape yang dapat offer tu. Just jealous. Bukan kata aku tak bangga ngan diorang. Aku bangga. Diorang ni a part of me. Tapi sebab aku ni masih lagi manusia,aku nak gak rasa apa kejayaan yang mereka dapat. Tapi,memang dah tercatat di suratan takdir,aku tak layak. Dalam masa beberapa hari ni InsyaAllah aku boleh overcome perasaan down tu. Well, here I am, in Klang. Two more days for the registration day. Nampak gaya macam UiTM tu memang dah takdir aku. Tak leh lari dari sana lah nampaknya. Huhuhu. Allah,please give me guidance.

Sunday, May 16, 2010

Hari ni 16 Mei dan juga hari Guru yang disambut oleh semua guru serta warga pendidik di Malaysia. Oleh itu,saya ingin mengambil kesempatan untuk megucapkan selamat hari guru kepada semua guru di Malaysia amnya dan guru guru SK Banggol Pa' esah, SK Kamil 3 dan SAS Putrajaya.

So hari tu berpeluang la melawat ke sekolah rendah plak selepas banyak kali ke SAS tahun ni. Rupa rupanya cikgu cikgu sekolah tu masih ingat aku walaupun dah 6 tahun berlalu. Aku plak yang segan sebab aku yang lupa nama nama cikgu tersebut. Sorry cikgu. Aku sempat la berborak ngan ramai cikgu2 yang mengajar aku dulu. Macam2 cerita lama yang x terlintas pun dalam memori aku disebut sebut. Ni lah antara salah satu yang aku respect ngan golongan cikgu ni. Memory superb giler. Aku kalo x jumpa member dua tiga tahun mahu samar2 gak diorang dalam ingatan aku. Seronok dan sayu pulak bila berjumpa ngan cikgu math aku, Cg Mat Zu

Saturday, May 15, 2010

Aku dah makin tak faham ngan keinginan aku. Kalo nak diikutkan, aku sangat menginginkan biasiswa yang dapat membawa aku ke luar negara. Tapi tu dulu. Makin lama,perasaan tu makin tawar dan tak membara dalam hati aku. Aku rasa kalau belajar kat dalam Malaysia pun not bad gak. Tapi aku nak biasiswa tu. Kalau nak guna duit sendiri nak belajar, boleh pengsan mak bapak aku nak pikir pasal duit nih. Maknanya apa yang penting pengajianku ditaja. Tapi oversea ni pun cam best.

Entah la. Mungkin bila result JPA diumumkan dalam masa beberapa hari ni,aku akan dapat jawapan untuk perasaan aku nih. Kalo aku x dapat,aku akan teruskan je blaja kat UiTM. Which aku rasa insyaAllah fun sebab aku akan melepak ngan ramai member aku kat sana. Kalo aku dapat, insyaAllah aku terima despite perasaan bersalah aku sebab dah terlalu banyak menabur janji untuk bersama dengan sahabat2 aku yang berhajat nak gi UiTM ngan aku. Ya, sebenarnya aku dihambat rasa bersalah ngan janji2 aku yang aku dah buat. Camne kalo aku tak mampu nak tunaikan. Akankah renggang persahabatan yang terbina asbab kelalaian aku dalam melebatkan suasana hinggakan aku x sedar yang aku hanya insan yang lemah? Apapun, ianya akan ditentukan dalam masa beberapa hari ni.

Ya Allah,berikanlah aku apa yang terbaik buat diriku walaupun aku mungkin tak menyedarinya dan tak menyukainya.

Wednesday, May 12, 2010

Sigh... I cant wait to pursue my studies. Masalah dah makin banyak dah dalam kepala ni. The only solution yang de dalam kepala ni, g study cepat2. Tak nampak ah masalah kat depan mata lagi. Huhuhu

Sorry guys

Damn ah. Sejak kebelakangan ni aku jumpa ah member2 zaman sekolah rendah dulu. Disebabkan aku masuk sekolah masa umur 6 tahun, aku blaja kat darjah 6 dua tahun la. So,aku idup ngan dua batch. Batch tahun 03 ngan batch tahun 04. Cuti u plak dah start. Jadi makin banyak lah aku jumpa member aku. Yang wat aku sedey, aku ni tak leh ingat nama diorang. Even muka pun aku dah tak cam. Disebabkan mangat nak connect balik ngan diorang, aku search la kat fb. Tapi nama diorang aku x ingat la. Brape kerat je yang aku ingat nama penuh. Adoiiii.

Dapat ah cari sket2. Tapi bila ada yang add aku,aku pulak yang blank. Xial la. Harap2 gila dapat ingat balik diorang. Bukan sebab pe, banyak gak la pengalaman and memory aku ngan diorang. Ngan dua2 batch la. Adoy.. Lagi lah aku berharap x lupa budak sas. Tolong ah jangan lost contact. Guna lah pape pun, Fb ke, twitter ke. Yang penting, x lost contact. Aku kalo dah 2 3 tahun x contact, da bole lupa orang dah. Bukan sengaja weh. Dah memang otak aku x cukup kuat. Huhuhu

Friday, May 7, 2010

Pkul 4 suku pagi tadi sampai umah. Pancit hardcore weh. Aku tido je kat atas bas tu. Lom tido tu, borak ngan makcik yang duk kat sebelah aku. Dia baru balik dari rumah anak dia kat Putrajaya. Bangga giler ah dia ngan anak dia. Ye la. Sume dah berjaya. Orang kata sejuk perut mak mengandung lama2. Hahaha. Tu bangga yang terucap. Banyak agi yang aku rasa tak terucap olehnya. Kalo nak ikutkan,semua ibu bapa bangga ngan anak2 dia selagi mereka tu jadi manusia.

Yang jadi pancit hardcore sebab lepak kat Midvalley sorang2. Plus minus 7 jam la. Hahaha. Tengok IP Man 2 sorang2. Pastu ese call. Aku ni kalo dah jawab call, x reti nak cakap slow2. Brader kat depan tu dah panas giler ngan aku. Sori ah ese  x leh lepak nygan ko. Tak sempat bro. Dah janji ngan mak aku nak balik awal. Pastu lepak kat MPH lak. Tenggelam ngan buku2 kat sana plak. Bez doe. Kalo ada duit, sumpah aku dah angkat banyak. Masyuk weiii.

Dok 7 jam kat Midvalley tu xde la seperit yang disangka. Kalo nak tenangkan otak tu, mantap ah. Nak cari buku ke. Leh survey lama2. Kalo tak,rushing je keje.

Thursday, May 6, 2010

Salam...

Dah 3hari dah aku sampai kat Putrajaya and hari ni aku dah nak balik..A very wonderful and memorable journey for me. Aku sampai kat Putrajaya ngan Engku faris setaAzeem Yusof,orang hebat Vandy sebab aku datang pun memang aku nak teman dia gi jalan jalan. Mana la taw x sempat nak antar dia nek flight.
First day tu,aku g tengok citer When In Rome. Citer ni sumpah kelakar habis ah. Lepak2 ngan zuhdi kamardin,aidil haikal,zulhasri,engku faris. Bez gila siod. Pastu malam tu plak teman azeem g berjambu.weeee~~~~. Borak2 pasal masa depan.
Esoknya, aku kena teman azeem agi gi jumpa cikgu plak. Hahaha. Segan gak ah aku. Azeem ngan Azizi dah la gi US. Aku local je pun. Hahaha. Papepun aku dapat banyak la maklumat berguna. Thanks a lot buat guru2 alam shah. And then kelam kabut g alamanda nak tengok Iron Man plak. on the way g alam 2 tumpang ah amir . Yang kelakarnya, kitorang dok berimpit empat orang kat belakang, pastu yang kat depan plak x pakai seatbelt. Stiker P pun tak letak. Then jumpa plak polis kat alam.herrmmmmm. Memang mantap ah. Kelam kabut giler aku turun kereta. Hahaha. Malam tu plak g dinner ngan cikgu fadzil ngan abang rashid. Makan mantap punya. Sumpah aku kenyang giler.
Aku sedey la plak tak leh antar azeem g JPA pagi tadi. Kalo x leh antar dia nek flight nanti,kira xde ah aku terkilan sangat. Huhuhu. Pastu for the first time in my life,aku bawak motor. Hahaha. Motor Man Dahi plak tu. Thanks Man. Kalo aku datang Putrajaya, mesti ada dua orang yang akan teman aku kat sini. Man dahi ngan Aidil haikal. Sweet gler ar wehhh

Saturday, May 1, 2010

Tribute for them

Ramai antara kita dikenali disebabkan kehebatan kita tak kiralah dalam apa2 bidang sekalipun. Namun aku berasa terpanggil nak mengekspresikan rasa kagum aku ngan insan insan hebat yang aku kenali bukan sebab kejayaan mereka tetapi ketabahan mereka.

Jujurnya,aku rasa tak puas hati ngan result spm sebelum ni. Kadang2 timbul rasa cemburu ngan mereka yang lebih berjaya. Bila dah dapat offer pulak,pening nak pilih antara matriks ngan asasi. Tapi tu perkara biasa sebab kita ada pilihan. Aku tak menafikannya. Wajarlah kita pilih yang terbaik untuk diri kita. Dan wajarlah kita mahu dapat lebih baik dari apa yang ada. Itu naluri manusia

Tapi aku memandang tinggi pada mereka yang dapat menghadapi kegagalan tanpa banyak kerenah. Bukan sebab  mereka layak untuk gagal. Bahkan mereka lebih layak mencapai kejayaan berbanding dengan mereka yang tak berusaha. Tapi sudah bukan rezeki mereka. Apabila orang lain pening dengan tawaran ipt yang menimbun, mereka pula pening mana nak dicari ipt yang sanggup menerima mereka. Tetapi mereka masih boleh menasihati dan memberi pandangan kepada yang berjaya. Mereka masih lagi boleh mengucapkan tahniah dan menunjukkan rasa seronok mereka dengan kejayaan orang lain.

Mereka ini juga insan insan yang hebat walaupun tidak dipandang masyarakat. Seperti yang pernah diutarakan kat post dulu,masyarakat lebih memandang mereka yang hebat dalam bidang akademik berbanding bidang lain. Walau apapun rezeki Allah ada di mana mana, terpulang kepada kita untuk mencarinya. For me guys, you are the best

tukar plan

Salam...

Hari ni result UPU dah keluar and alhamdulillah,aku ditawarkan ke program asasi kejuruteraan kat uitm. So,aku dapat la reset balik aku nyer plan untuk matrik. Aku ada masa lagi untuk pilih antara matriks ngan asasi. Biarkan dululah yang tu. Nak fikir lu mana yang lagi baik. Thanks to Man Dahi sebab sekali ngan aku pening nak pilih mana satu sekarang.

Aku rasa tak cukup lambat lagi nak congrats kat farid ngan Ajoy sebab dapat offer g jepun bawah tajaan jpa. All the best guys.