Wednesday, October 9, 2013

Kepelbagaian pada sikap

Alhamdulillah. Sesungguhnya Allah telah mengurniakan kita dengan berbagai nikmat dalam kehidupan. Dan, hari ni, particularly, aku rasa amat bersyukur dengan kemampuan melihat, meneliti, memerhati, mengkaji serta berfikir yang Allah swt telah kurniakan. It goes without saying yang aku sepatutnya sentiasa bersyukur dengan segala nikmat Allah. Tetapi, hari ni, hati aku digerakkan oleh Allah swt untuk berasa bersyukur kepada Allah akan nikmatNya yang satu ni.

Dalam kehidupan kita (aku), kita (aku) boleh jadi sesiapa sahaja. Pada satu masa, mungkin kita (aku) adalah sang rahib yang berasa hidup dan mati kita (aku) adalah untuk beribadat kepada Allah swt. Pada masa yang lain, kita (aku) juga adalah si pendosa yang seolah-olah tak pernah tahu akan syurga neraka. Pada satu masa, kita (aku) rasa sangat bersemangat dan inspired untuk melakukan segala-galanya di dunia ini dalam kesempitan masa yang kita (aku) ada. Pada masa yang lain, kita (aku) hanya mahu berbaring, berselimut di dalam kesejukan pagi seolah-olah kita (aku) punya semua masa di dunia. Pada satu masa, kita (aku) rasa kita (aku) pandai, kita (aku) tahu segala benda sebab kita (aku) score straight A masa SPM. Pada masa lain, kita (aku) rasa budak bodoh yang tak dapat diselamatkan lagi sebab dapat markah below average masa test.

Dan inilah dia perkara yang membuatkan aku berfikir hari ni. Kita mungkin seorang yang lain pada satu masa dan juga mungkin orang yang lain pada masa yang lain. So, macam mana kita nak define siapa diri kita yang sebenarnya? Adakah kita yang sebenar adalah kita yang bersikap sekian sekian tapi hakikatnya pada masa yang lain kita tidak mengamalkan sikap itu? Dan macam mana kita kata kita kenal siapa diri kita kalau kita tak dapat nak define benda sekecil ni?

Apa yang aku boleh katakan ialah kita kena acknowledge kepelbagaian yang ada dalam diri kita dan pada masa yang sama strive untuk jadi individu yang kita impikan. Jangan biarkan sikap kita pada satu-satu masa untuk menjadikan kita individu yang kekal pesimis pada masa hadapan yang belum pasti. Akui yang ada masanya kita bukanlah orang yang kita impikan tetapi akui juga yang kita dikurniakan kemampuan untuk menjadi orang yang kita impikan.

akhir kata

" ...dan janganlah kamu berputus ada dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus ada dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir."  (12:87)

" ...tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat" (15:56)

" Katakanlah: Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus ada dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani" (39:53)


Tuesday, October 8, 2013

Sibuk

Nasihat daripada seorang sahabat. Walaupun tidak ditujukan khas kepada aku, Alhamdulillah, pengajarannya dapat dirasa sama. Katanya

"What matters is not whether we are busy or not. Sebab berlambak je manusia sibuk. What matters is 'untuk siapakah kita sibuk'."

Katanya ini, bagi aku, bermakna kerana aku kenal orang yang menyampaikannya, walaupun bukan beliau yang mengilhamkannya. Beliau cukup tidak senang dengan orang yang sewenang-wenangnya menggunakan perkataan tersebut. Lagi-lagi sebagai alasan untuk tidak hadir sesuatu majlis mahupun hanya untuk menolak pelawaan keluar berjalan-jalan. Padanya, sibuk itu hanya pada sesuatu yang bermanfaat. Maka apabila beliau menggunakan perkataan sibuk, apa yang aku faham maksudnya bukanlah masa dipenuhi dengan wayang dan komik mahupun novel-novel cinta, akan tetapi masa dipenuhi dengan urusan seperti belajar, mesyuarat, majlis bersama rakyat dan pelbagai lagi perkara yang membawa kepada kebaikan bersama.

Inilah sepatutnya sikap kita dalam setiap perkara yang kita lakukan. Jika kita belajar, dengan jumlah student yang tersangat ramai ni, maka apa yang kita belajar itu bukan indikatornya, malah ia tidak pernah pun menjadi indikator. Akan tetapi untuk siapa kita study itulah yang penting.

Kalaulah kita sekarang cuba untuk membawa sebuah revolusi tidak kiralah dari segi akhlak, pendidikan, pemerintahan mahupun akhlak, bagi saya apa yang paling penting ialah untuk siapa revolusi tersebut. Tidak menafikan kepentingan motivasi lain jua, aku berharap agar semua di antara kita menjadikan Allah sebagai tujuan utama kita.

Post ni dah lama dah dok dalam draft blog aku. Maka untuk membuatkannya up to date sikit, aku bercadang nak ulas sikit lagi.

Aku pernah melalui satu peringkat yang mana membaca itu aku lakukan untuk diri sendiri. Supaya aku dapat pleasure daripada membaca itu. Juga supaya aku yang dapat benefit daripadanya. Oleh itu, aku dapat belajar banyak daripada bacaan aku tetapi manfaatnya hanyalah untuk aku. Aku tidak berkongsi manfaat tersebut dengan orang lain. Kecuali dalam a few occasions yang aku rasa cam nak share benda yang aku baca. Aku dapat menghayati perkara yang aku baca tetapi ia tidak membawa manfaat kepada orang lain

Dan selepas itu, aku melalui peringkat yang mana aku membaca supaya aku dapat menyampaikannya kepada orang lain. Banyak kali berlaku bila aku mendapat perkara berguna daripada bacaan aku tersebut, aku berasa yang perkara tersebut amat bagus untuk aku kongsi bersama orang lain. Akhirnya, benefit yang aku dapat hanyalah pengetahuan yang banyak tetapi penghayatan yang kurang. Maka, aku yang duk sibuk membaca ini tidak mengamalkan apa yang aku baca. Membuatkan aku mampu untuk menyampaikan perkara yang dengarnya macam gempak tetapi hilang penghayatan diri terhadap benda yang disampaikan.

Maka pesan aku terhadap diri sendiri, setiap perkara bermanfaat itu adalah untuk diri sendiri dulu barulah orang lain.

Memberi makna kepada sebuah kehidupan

Hari ni hujan lebat. Ditambah pula hari ni aku memang takde kelas. Jadi, aku duduk je kat bilik dari pagi sampai sekarang. Jarang-jarang sekali buat camni, ada perasaan seronok jugak. Tapi ia bukanlah satu perasaan seronok yang patut dilayan.

Maka alkisahnya, aku pun online facebook, baca newsfeed, like satu dua page dan tengok satu dua video. Satu video yang aku particularly nak share kat sini aku tengok masa duk menyibukkan diri scroll down satu page ni. Tajuknya "My last days: Meet Zach Sobiech"


Menonton video ni membuatkan aku berfikir. Dan berfikir. Aku rasa terlalu banyak pengajaran boleh diambil. Pada kematian yang tidak mengenal usia. Dia mungkin sudah tahu ajalnya sudah dekat dan dia cuba untuk memastikan kehidupannya yang tersisa bermanfaat. Peliknya, kita semua pun tahu ajal kita dah makin dekat. Tiada orang yang makin lama dia hidup, makin jauh ajalnya. Yang berbezanya mungkin dia tahu dia ada kanser dan kita, alhamdulillah, masih belum didiagnosis dengan penyakit seumpama itu. Dia sudah diberitahu yang dia tidak punya masa lama untuk hidup. Dan kita juga tahu kita pun begitu. Mungkin, apa yang kita perlukan adalah seorang doctor memberitahu kita yang kita dah kena penyakit kanser yang tidak mampu diubati barulah kita rasa nak memanfaatkan hidup kita ni

Pada hemat aku, dia bukan seorang muslim. Wallahua'lam. Aku tertanya-tanya, apa akan terjadi jika dia adalah seorang muslim. Dan dia tahu tujuan hidupnya. Mungkin beribu-ribu manusia yang akan dikurniakan hidayah oleh Allah melaluinya. Itu hanyalah apa yang aku fikir. Kerana kepositifannya menerima berita tersebut. Dan usahanya untuk memaknai kehidupannya yang tersisa. At least melalui apa yang aku tengok kat video ni. Sedangkan aku sendiri sukar untuk menerima sedikit ujian yang aku rasakan susah kerana aku dok fikir pasal masa depan yang masih kelabu. Yang boleh jadi berlainan daripada apa yang aku fikir. Dan most of the time, memang lain pun. Banyak sangat unsur-unsur negatif yang bermain dalam kepala. Sedangkan jika aku menerima ia sebagai satu fasal kehidupan yang akan berlalu, banyak perkara lain yang lebih bermanfaat boleh aku lakukan.

Video ni ada unsur pengajaran yang amat berguna untuk kita. Buatlah sesuatu untuk memaknai kehidupan kita yang juga sudah tinggal sisa sahaja. Kerana kita sudah tahu yang ajal kita adalah semakin dekat dan mati tak semestinya kerana penyakit sahaja.