Tuesday, October 8, 2013

Memberi makna kepada sebuah kehidupan

Hari ni hujan lebat. Ditambah pula hari ni aku memang takde kelas. Jadi, aku duduk je kat bilik dari pagi sampai sekarang. Jarang-jarang sekali buat camni, ada perasaan seronok jugak. Tapi ia bukanlah satu perasaan seronok yang patut dilayan.

Maka alkisahnya, aku pun online facebook, baca newsfeed, like satu dua page dan tengok satu dua video. Satu video yang aku particularly nak share kat sini aku tengok masa duk menyibukkan diri scroll down satu page ni. Tajuknya "My last days: Meet Zach Sobiech"


Menonton video ni membuatkan aku berfikir. Dan berfikir. Aku rasa terlalu banyak pengajaran boleh diambil. Pada kematian yang tidak mengenal usia. Dia mungkin sudah tahu ajalnya sudah dekat dan dia cuba untuk memastikan kehidupannya yang tersisa bermanfaat. Peliknya, kita semua pun tahu ajal kita dah makin dekat. Tiada orang yang makin lama dia hidup, makin jauh ajalnya. Yang berbezanya mungkin dia tahu dia ada kanser dan kita, alhamdulillah, masih belum didiagnosis dengan penyakit seumpama itu. Dia sudah diberitahu yang dia tidak punya masa lama untuk hidup. Dan kita juga tahu kita pun begitu. Mungkin, apa yang kita perlukan adalah seorang doctor memberitahu kita yang kita dah kena penyakit kanser yang tidak mampu diubati barulah kita rasa nak memanfaatkan hidup kita ni

Pada hemat aku, dia bukan seorang muslim. Wallahua'lam. Aku tertanya-tanya, apa akan terjadi jika dia adalah seorang muslim. Dan dia tahu tujuan hidupnya. Mungkin beribu-ribu manusia yang akan dikurniakan hidayah oleh Allah melaluinya. Itu hanyalah apa yang aku fikir. Kerana kepositifannya menerima berita tersebut. Dan usahanya untuk memaknai kehidupannya yang tersisa. At least melalui apa yang aku tengok kat video ni. Sedangkan aku sendiri sukar untuk menerima sedikit ujian yang aku rasakan susah kerana aku dok fikir pasal masa depan yang masih kelabu. Yang boleh jadi berlainan daripada apa yang aku fikir. Dan most of the time, memang lain pun. Banyak sangat unsur-unsur negatif yang bermain dalam kepala. Sedangkan jika aku menerima ia sebagai satu fasal kehidupan yang akan berlalu, banyak perkara lain yang lebih bermanfaat boleh aku lakukan.

Video ni ada unsur pengajaran yang amat berguna untuk kita. Buatlah sesuatu untuk memaknai kehidupan kita yang juga sudah tinggal sisa sahaja. Kerana kita sudah tahu yang ajal kita adalah semakin dekat dan mati tak semestinya kerana penyakit sahaja.

No comments: