Thursday, September 24, 2015

Orang kahwin pun cerai


"...young people pay good money to get tattoos removed that teenagers paid good money to get. Middle-aged people rushed to divorce people who young adults rushed to marry. Older adults work hard to lose what middle-aged adults worked hard to gain. On and on and on. The question is; as a psychologist, that fascinates me is, why do we make decisions that our future selves so often regret?" 



Saya pernah ditanya soalan yang sama oleh emak saya. Selepas menamatkan pengajian di Amerika Syarikat dan kembali ke Malaysia, saya pernah memberitahu emak bahawa saya sedang mempertimbangkan untuk menjadi cikgu. Dulu, selepas SPM, saya menerima beberapa tawaran belajar dan di antaranya ialah untuk belajar di IPG. Jadi, emak saya, dengan agak sarcastic bertanya, kenapa saya menolak tawaran itu dan memilih untuk belajar kejuruteraan kimia. I knew she would bring that up. Jadi, saya tersenyum dan menjawab,  "Alah mak. Orang kahwin pun cerai. Padahal masa kahwin dulu habis berpuluh ribu. Cerai jugak." Mak saya tergelak. Dia tahu saya sentiasa ada jawapan untuk soalan-soalannya. 

Thus is life. For one reason or another, pilihan kita dalam kehidupan sentiasa berubah. Selaku orang bujang yang juga mempunyai ramai kawang bujang dalam circle of friends saya, topik perkahwinan ialah antara topik yang popular. Baik cepat mahupun lambat, semua ingin berkahwin. Statistik menunjukkan jumlah perkahwinan berdaftar di seluruh Malaysia meningkat setiap tahun. Alhamdulillah. Namun, begitu juga statistik pendaftaran perceraian. 

Statistik perceraian ini tidak mungkin membuatkan anda berfikir untuk tidak berkahwin. Anda akan memikirkan pelbagai cara dan strategi untuk memastikan perkahwinan anda berkekalan akan tetapi tidak berkahwin bukanlah satu option buat anda. 

Antara pengajaran yang saya perolehi daripada talk ini ialah untuk tidak terlalu berfikir mengenai perkara yang mungkin berlaku pada masa hadapan. Selain itu, jangan risau yang things might not work well. Sekiranya apa yang kita inginkan itu penting buat kita di masa sekarang, itu sudah mencukupi untuk kita berusaha sebaik mungkin. Dan sepatutnya juga kita membuat pelbagai strategi untuk memastikan apa yang kita mahukan sekarang berkekalan sehingga masa hadapan. 

Kita juga takkan membiarkan urusan hidup kita ditentukan oleh orang lain. Kita akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan kita mempunyai active role dalam meneruskan kemandirian kehidupan kita. 

Oleh itu, persoalannya ialah adakah kita betul-betul mahukan apa yang kita mahukan itu? Atau ia hanya kata-kata sahaja?