Sunday, March 28, 2010

Eyh, 18 already??

Salam.. This post is specially made to celebrate my birthday today..Haha. Dah 18 tahun dah aku hari ni tapi mungkin aku tak banyak berubah daripada aku yang berumur 14 dulu. Why 14?not 15 or maybe 17? Ntah la. Sebab terasa nak tulis no 14 kot. Haha Therefore, jom kita imbas kenangan usia 17 dulu.. Aku sesat kat Gunung Datuk, negeri Sembilan. Aku abeskan masa ngan member sekolah lu. Trust me, almost every one of them IS my bff. Pastu dapat straight a's SPM. Banyak lagi kot tapi tak leh tulis semua. Pastu tak suka post mende sedey kat sini. Hahaha So, resolutions untuk usia 18 lak. Nak kurus. Hahaha. Tu yang paling clear sekarang sebab usaha kat tangan sendiri. Tak banyak depend kat orang len untuk jadi realiti. Pastu nak dapat scholarship and pursue study kat tempat yang elok. Wat masa ni, tu je la dalam kepala aku. Hopefully, semua tercapai la. Semua rezeki tu aku serah kat Allah. Ada, ada la. Sangat berharap sebenarnya dan sangat cemburu kat mereka yang berjaya. Takpe la..Insya Allah ada rezeki, ada la tu. Doakan yang terbaik untuk aku sebab Allah itu sebaik-baik perancang. Jadi, sesiapa yang baca post ni, dokan hasrat kita akan dimakbulkan dan insyaallah dapat yang lebih baik. Well...dah macam rintihan hati plak. Haha. Thanks to all yang wish aku ari ni dan ari2 seterusnya(kot2 ada yang lambat..Haha). I will remember you all..Each and everyone of you earn a place in my heart. Yang tak wish pon ada gak yang ada dalam hati ni.. Post ni pun makin ngarut dan berjela-jela..Haha

Friday, March 26, 2010

Adoyai kereta

Salam Ari ni taw result yayasan tenaga nasional dan dengan bangganya aku nak cakap yang aku tak dapat. Hahaha. Bangga tak bertempat. Sebab aku dah usaha cari scholarship dengan sebaiknya kot. Biarlah. Takde rezeki aku kot... Pas jumaat tadi try drive kereta proton abah aku. Balik sembahyang jumaat la. Odw nak masuk simpang umah aku,aku g langgar pagar umah orang. Terkejut aku..Haha. Pecah cermin lampu sisi kereta ayah aku. Leh tahan gak r calar aku wat kat kereta tu..Haha. Mintak2 la pasni abah aku kasi aku drive agi. Nak pandai,kena ar korban sket kan..Haha

Thursday, March 25, 2010

Salam.. Dah beberapa hari berlalu sejak kebanyakan biasiswa dah ditutup tapi memang takde pengumuman pape lagi pasal nama yang shortlisted. Paling awal pun ytn, tu pun umum esok. Jpa lak 29 ariblan. Yang laen,wallahua'lam,tak tau la bila plak. So, sementara menunggu ni,aku lepak2 je la dulu. Hari ni birthday zuhdi kamardin ngan al imran. Happy birthday zudi. Im lak, sweet 16. Hahaha. birthday sepupu aku pon hari ni. Selamat hari jadi Aishah. Masa terluang ni memang best nak ingat balik kenangan lama ni. Aku teringat la kat bilik gilerbebz.. Bukan aku yang kasi nama ni tapi orang len. Aku follow je la. Bilik tu memang best wat tido petang. Sejuk woo. Cam ada aircond lak. Haha. Banyak lagi kenangan len kat bilik tu tapi sebab tadi aku tido tengahari sampai sweat. Panas sangat la. Tu yang sampai teringat tu. Hahaha. Lagi satu, al fatihah untuk allahyarham Ahmad Redzuan, ayah kepada Abdul Rahman yang meninggal kelmarin, 23/03/2010. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Man ni memang seorang sahabat yang baik. Banyak- banyakkan bersabar man.

Tuesday, March 23, 2010

Salam As i thought earlier..leh result ni xde la fun mane pon. Perasaan dia sama je ngan upsr ngan pmr dulu. Tak sampai sehari pun. Tapi aku tetap bersyukur. Aku tetap akan merana kalo aku x dapat result yang ok. Ni lah yang orang kata, kalo x rasa pahit gagal tu, kita tak rasa manis kejayaan. Tapi sape cakap aku x pernah gagal. Puas kot merasa kegagalan. Banyak kegagalan tu yang masih menghukum sampai sekarang... I mean it. Tak perlulah aku nak bagitau apa kegagalan tu. Lesen pun aku dah dapat dah. Yang tinggal sekarang ni,ayah aku tak brape caya aku je. Aku tahu dia bimbang,cuak ngan aku satu hal. Kereta tu pon satu hal. Tapi aku ni dah lah baru nak blaja bawak kereta. Kalo x try nanti, berkulat la aku nyer ilmu yang satu nih. tak pe la. Nanti2,dia ok la tuh. Yang lagi wat aku bimbang, biasiswa yang aku tengah apply nih. banyak gak la aku apply. Khazanah, sime darby, ytm, ytn, pnb, jpa, petronas, bnm, uem. Sc lak aku give up awal2. Malas nak wat essay. Semua ni aku serah kat Allah. Ada rezeki dapat la. Kalo tak, aku nak pi matrik la. Kalo dapat asasi pon ok gak.. Semua ni rezeki allah. Tunggu je la. Kalo ikut kata cikgu asiah, ko jalan je. Hahaha

Wednesday, March 17, 2010

Thanks to all

Salam Dah lama dah aku nak post entry baru tapi tak berkesempatan. Sort of busy la. Dulu bukan men agi banyak masa, sekarang busy la sikit. Hahaha. Camne nak start ni....erm,ari khamis lepas gi amek result spm kat skolah. Aku sampai sehari sebelom tu agi. Saje nak lepas rindu kat member. So, ari amek result tu,aku sampai agak awal la. Agak ar. Pastu Cikgu Roslan umum sorang2 budak yang dapat straight a's. Makin lama aku makin cuak. Kecut perut beb..Haha Alhamdulillah. Aku dapat straight a's. 6a+ ngan 4a..Ok la kan walaupun hakikatnya aku tak berpuas hati. Apapun aku kena la bersyukur. Kalau nak fikir logik pun,dah cukup baik la tu. So,beberapa hari pas amek result tu,aku memang dok mengadap internet cari biasiswa. Bak kata cikgu Nasir, ko isi je semua. Pilih lek lok ar course yang ko nak tu. Aku ikut je la. Hahaha. Well,aku nak ame kesempatan nak ucap terima kasih kepada semua orang yang tolong aku sepanjang aku dok kat sekolah tu. Korang dah banyak tolong aku. Secara lansung atau tidak. I mean it. Mi,Abah,my siblings,cikgu2 alam shah,Fighters 0509,junior2 yang tolong macam2. Kalo aku nak sebut one by one,panjang la post ni nanti. Thanks tau. Ada kesempatan,aku akan balas balik jasa tu.

Monday, March 8, 2010

Oh Mesin Timbang

Dalam masa tak sampai 10 hari, berat aku dok men nek turun je. Ari ahad lom aku g kl,akunyer berat *7.3 kg. Pastu masa kat skola, aku nampak ada gak bendalah weighing scale tu kat umah cg nasir. Saje la try timbang. Turun plak dah, *2 kg. Baru dua hari. aku dah bagga dah. Balek umah,aku try la timbang balik. Naik balik plak berat aku. *8.1 kg. Cilaks tol. Kena gelak ngan akak aku kowt. Wat segan je. Latest nyer,semalam. Turun balik lak. *6.5 kg. Tak ley bla tol. Bleh lak dia men turun naek ikut sukati dia. cuba la stay je. Tak pun, kalo nak berubah gak, turun je la, jangan la naik balik. Hahaha. Sengal tol la mesin tuh. Boleh lak nak disalahkan mesin.Hahaha
Ari ni,adik aku x g skola. So, I'm not alone today. Yet, still lonely. Perasaan yang sering datang masa dok sorang2. Hahaha. Adik aku ada kat umah pon, aku dok sibuk men laptop. Lbey kurang je kan. Ape la sangat aku le kongsi ngan sorang budak umur 8 tahun. Nak cakap aku cuak tunggu result SPM pun,aku x rasa dia faham. Hahaha Semenjak dua menjak ni, soal result ni banyak menyemakkan aku nyer kepala. Kalo result ok, xpe la. Hilang la mende tu dalam kepala aku. Camne kalo rasult hancus?? Aku bukan jenis leh terima kegagalan dengan senang. Benda yang aku gagal buat ngan elok takkan ilang dari kepala aku. Mau lagi dua tiga bulan aku dok stress. Ya Allah,bantulah hambamu ini Tu baru soal result, lom lagi biasiswa ngan ipt. Pening2 Nampak sangat kita manusia ni hanya makhluk yang lemah. Yang tak punya daya atas segala benda tanpa bantuannya. Walau apa pun, all the best for Fighters 0509 untuk result ni. kita doakan yang terbaik untuk kita semua. Moga pertemuan ini lebih diisi dengan kegembiraan walaupun realiti selalu menafikannya.

Saturday, March 6, 2010

Banyak mende yang ade dalam kepala sekarang ni. Cuma tak tau la berjaya kuarkan semua dengan baik atau tak. Haha. Dah balik dari KL ari slasa lepas setelah membayar hutang dengan jayanya. Haha By the way, thanks la Rahman and Aidil Haikal coz dah abeskan masa korang antar aku kat putrajaya sentral tuh. Lagi2 man dahi.. Dia habiskan off day tu ngan aku kot. Macam tak berbaloi lak dia off. Bukan g mana2 pun, alamanda je.hak5. Thanks a lot ar bro... Buat masa sekarang ni,aku tengah risau tunggu result spm. Kalo dok sesorang je,mula lah. Macam2 mende masuk kat dalam kepala aku. Mula2, ok je. Bila dah dua tiga hari dia wat official announcement pasal result tu,baru aku rasa shaking. Hak5. Sekarang hanya tinggal doa je. Kalo ada rezeki, ada la tuh. Mak ngan ayah aku lak dah bising pasal lesen. Macam tak serius katanya. Memang aku malas pun nak blaja kreta nih. Naseb baek la test dah dekat. Takde la rasa sangat kemalasan tuh. Harap2 lulus cepat lah. Dah malas sangat ni

Tuesday, March 2, 2010

Assalamualaikum dah sehari aku dok kat putrajaya ngan member member lama sekolah aku.Haha. Juz can't afford to forget them. Walaupun kedatangan aku ke sekolah ni boleh dikatakan tidak perlu. Abah cuba mencadangkan beberapa cara yang boleh aku gunakan untuk menjelaskan bayaran tertunggak itu tanpa datang ke sekolah. Aku pun sedia maklum akan cara2 tersebut. Tapi hati ini mendesak. Aku dah dua bulan dok kat klantan. Memang aku ada travel sket2 tapi tak puas la. Well, aku agak puas hati sebab hutang pun dah clear. So, aku leh datang amek result dengan penuh tenang dan seronok. Hahaha.