Tuesday, October 8, 2013

Sibuk

Nasihat daripada seorang sahabat. Walaupun tidak ditujukan khas kepada aku, Alhamdulillah, pengajarannya dapat dirasa sama. Katanya

"What matters is not whether we are busy or not. Sebab berlambak je manusia sibuk. What matters is 'untuk siapakah kita sibuk'."

Katanya ini, bagi aku, bermakna kerana aku kenal orang yang menyampaikannya, walaupun bukan beliau yang mengilhamkannya. Beliau cukup tidak senang dengan orang yang sewenang-wenangnya menggunakan perkataan tersebut. Lagi-lagi sebagai alasan untuk tidak hadir sesuatu majlis mahupun hanya untuk menolak pelawaan keluar berjalan-jalan. Padanya, sibuk itu hanya pada sesuatu yang bermanfaat. Maka apabila beliau menggunakan perkataan sibuk, apa yang aku faham maksudnya bukanlah masa dipenuhi dengan wayang dan komik mahupun novel-novel cinta, akan tetapi masa dipenuhi dengan urusan seperti belajar, mesyuarat, majlis bersama rakyat dan pelbagai lagi perkara yang membawa kepada kebaikan bersama.

Inilah sepatutnya sikap kita dalam setiap perkara yang kita lakukan. Jika kita belajar, dengan jumlah student yang tersangat ramai ni, maka apa yang kita belajar itu bukan indikatornya, malah ia tidak pernah pun menjadi indikator. Akan tetapi untuk siapa kita study itulah yang penting.

Kalaulah kita sekarang cuba untuk membawa sebuah revolusi tidak kiralah dari segi akhlak, pendidikan, pemerintahan mahupun akhlak, bagi saya apa yang paling penting ialah untuk siapa revolusi tersebut. Tidak menafikan kepentingan motivasi lain jua, aku berharap agar semua di antara kita menjadikan Allah sebagai tujuan utama kita.

Post ni dah lama dah dok dalam draft blog aku. Maka untuk membuatkannya up to date sikit, aku bercadang nak ulas sikit lagi.

Aku pernah melalui satu peringkat yang mana membaca itu aku lakukan untuk diri sendiri. Supaya aku dapat pleasure daripada membaca itu. Juga supaya aku yang dapat benefit daripadanya. Oleh itu, aku dapat belajar banyak daripada bacaan aku tetapi manfaatnya hanyalah untuk aku. Aku tidak berkongsi manfaat tersebut dengan orang lain. Kecuali dalam a few occasions yang aku rasa cam nak share benda yang aku baca. Aku dapat menghayati perkara yang aku baca tetapi ia tidak membawa manfaat kepada orang lain

Dan selepas itu, aku melalui peringkat yang mana aku membaca supaya aku dapat menyampaikannya kepada orang lain. Banyak kali berlaku bila aku mendapat perkara berguna daripada bacaan aku tersebut, aku berasa yang perkara tersebut amat bagus untuk aku kongsi bersama orang lain. Akhirnya, benefit yang aku dapat hanyalah pengetahuan yang banyak tetapi penghayatan yang kurang. Maka, aku yang duk sibuk membaca ini tidak mengamalkan apa yang aku baca. Membuatkan aku mampu untuk menyampaikan perkara yang dengarnya macam gempak tetapi hilang penghayatan diri terhadap benda yang disampaikan.

Maka pesan aku terhadap diri sendiri, setiap perkara bermanfaat itu adalah untuk diri sendiri dulu barulah orang lain.

1 comment:

Bukan kelate said...

MashaAllah akhi