Thursday, April 8, 2010

Peringatan buat diriku

Salam..... Minggu ini ialah satu perjalanan yang panjang bagi aku. Minggu ni aku hadir ke MAC, pastu gi interview pnb,jpa ngan ytn.. Alhamdulillah,memang rezeki aku dipanggil ke temuduga serentak dalam satu minggu. Psatu temuduga ni pula beberapa hari selepas Majlis Anugerah Cemerlang. Indah sungguh aturan Allah ni. Kisah sebenarnya, aku nak amek interview JPA kat kelantan tapi aku tak jumpa tempat interview kat klantan. So, aku amek interview kat putrajaya sebab aku dah biasa kat putrajaya banding ngan tempat len. Aku decide nak gi MAC kalo aku dapat JPA. First offer interview yang aku dapat ialah Yayasan Tenaga Nasional. Offer ni untuk study local je, kat uniten. Aku dapat 8 ariblan pkul 2. Then ari sama, result JPA keluar. Aku dapat iv kat picc 7 ariblan,pkul 8 pagi. Pastu masa odw balik kb jumpa paan,dapat call cakap aku dapat g test bertulis PNB 5 ariblan. Yang nak dikisahkan bukannya iv tu. Tapi aturan Allah itu maha hebat. Mungkin penglihatan aku dihalang daripada melihat nama ketereh waktu isi borang ari tu. Pastu digerakkan hati aku untuk memilih putrajaya untuk iv. Sesungguhnya urusan aku sudah dipermudahkan sebab aku tak perlu ulang alik untuk iv. Alhamdulillah Aku serahkan Rezeki aku pada Allah. Andainya aku lebih baik belajar di malaysia, aku terima saja. Andai rezeki aku ada kat luar sana, alhamdulillah. Sesungguhnya aturan Allah itu lebih baik. Post ni aku tujukan untuk diri ini yang lemah supaya tidak tersasar dari laluan yang diredhai oleh Allah. Cerita pasal iv tu mungkin aku tulis kat post lain. Insyaallah....

No comments: