Wednesday, April 3, 2013

Macam mana agaknya kalo kita rasa letih sedangkan kita tak berhak pun nak rasa letih? Somehow, recently, aku rasa macam sangat consumed. Sangat penat. Padahal aku tahu ada je mereka yang lebih pernat berkejar-kejar ke sana sini untuk menunaikan tanggung jawab mereka tapi takde pulak mereka mengeluh ataupun melahirkan rasa penat mereka. Contohnya seorang akh yang aku hormati, sanggup bermusafir ke universiti aku yang sejauh beratus batu dalam himpitan final exams dan mesyuarat program. Macam mana aku tahu? Sebab masa tengah-tengah program tu, dia hilang sekejap pergi meeting. Lepas tu datang balik sambung program. Dan malam tu tengah-tengah borak, dia tertidur. Comel plak. haha. Tapi camtu la. Apa yang aku tengah buat sekarang, memang tak sehebat apa yang dia buat. Dan apa yang dia buat tu memang tak sehabat apa yang sahabat-sahabat rasulullah saw dulu buat. Tapi memang rasa letih. Maybe letih sebab tak buat apa-apa kot.

Mungkin itulah petanda yang diri ni banyak sangat berlengah dalam mencari redha Allah.

Bersempena dengan Entrepreneurship Fair yang baru berlalu, aku kagum dengan idea-idea dan semangat mereka yang hadir untuk melakukan apa yang mereka minat. Mereka mempunyai keinginan serta wawasan yang tinggi. Mungkin apa yang mereka lakukan itu menjana keuntungan daripada sudut kewangan tetapi ia masih lagi mendatangkan keuntungan kepada kita selaku pengguna. Dengan itu, aku ingin kongsikan tiga ayat alQuran yang dengan jelas menunjukkan kesusahan yang kita alami di dunia ini, untuk mencari redha Allah akan dikurniakan ganjaran yang sangat baik.

...Allah melebihkan darjat orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya di atas orang-orang yang duduk (tanpa ikut berperang tanpa halangan)... (4:95)

Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... (9:111)

Wahai orang-orang beriman! Mahukah kamu aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapa menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu... (61:10-11)

InshaAllah, ini adalah ultimate perniagaan yang kita hendak lakukan. Umpama kata seorang murabbi aku dulu, in the end, kita semua akan berniaga.

No comments: