Monday, March 4, 2013

99 mangsa

Kebetulankah apabila si fulan yang mebunuh seratus orang itu matinya hanya sejengkal lebih dekat dengan tempat dituju berbanding dengan tempat yang ditinggalkannya itu?

Saya kira kebanyakan antara kita telah biasa dengan kisah seorang lelaki yang telah membunuh sembilan puluh sembilan orang mangsanya. Dan kemudiannya, dia mencari seorang pendeta, dan bertanya adakah dia akan diampunkan sekiranya dia bertaubat. Tidak dapat menerima perkataan tidak, dia membunuh pendita tersebut. Dan kemudinnya dia mencari pula seorang alim dan bertanya soalan yang sama. Dia disuruh meninggalkan tempat itu dan mencari tempat yang mana penduduknya menyembah Allah. Dan itulah yang dilakukannya. Namun, di pertengahan jalan, nyawanya ditarik oleh Allah swt. Turunlah dua malaikat yang berebut untuk membawa lelaki tersebut samada ke syurga mahupun neraka. Lantas Allah menurunkan malaikat untuk menjadi pengadil antara kedua malaikat tersebut. Keputusan dibuat berdasarkan jarak lelaki tersebut daripada tempat kematiannnya daripada tempat yang ingin dituju serta tempat yang ditinggalkannya. Keputusannya memihak kepada malaikat yang membawa kerahmatan, dan lelaki tersebut dijemput oleh malaikat kerahmatan. 

Ya, saya kira kita dah biasa mendengar kisah ini. Ini sebenarnya adalah kisah yang diceritakan oleh Rasulullah saw dan diriwayatkan oleh imam Bukhari dan imam Muslim dan disahihkan oleh imam Nawawi dalam kitab Riyadus Saleehin. Jujurnya, sebelum saya membaca sendiri hadis ini, saya tidak menjangka yang ia adalah sebuah hadis. Namun, itulah hidayah yang dicampakkan oleh Allah kedalam hati saya ketika mana hati saya dijentik untuk membaca sendiri Riyadus Saleehin milik kawan saya. Bagi saya hadis ini amat menarik dan sangat relevan dengan kehidupan kita sebagai manusia yang banyak melakukan dosa. Ya, kita pendosa. Namun, kita ingin menjadi seperti lelaki ini, pendosa yang bertaubat dan taubatnya diterima Allah. 

Ada dua perkara yang ingin saya tanyakan di sini. 
1. Mengapa Allah menghantar 3 malaikat di mana satu daripadanya menjadi hakim di ntara mereka untuk menetukan kemanakah berakhirnya lelaki tersebut. Allah, dengan segala kekuasaanya, boleh menghantar malaikat rahmat sahaja untuk menjemput lelaki tersebut.
2. Kebetulankah apabila lelaki tersebut mati, mengikut satu riwayat, hanya sejengkal lebih dekat ke tempat yang baik berbanding tempat yang ditinggalkannya? Bagaimana sekiranya dia lambat sedikit? adakah pengakhirannya ialah di neraka?

Untuk menjawab soalan kedua, di dalam satu riwayat sahih, Allah telah memerintahkan kepada tanah tempat asalnya untuk menjauh dan tanah yang ditujunya untuk mendekat. Ya, saudara-saudara sekalian. Itulah jua jawapan untuk soalan yang pertama. Agar kita dapat mengambil ibrah daripadanya. Bukan kebetulan lelaki itu matinya lebih dekat dengan tempat yang ditujunya. Tetapi, Allah dengan kekuasannya, menjadikan keputusan itu memihak kepada lelaki tersebut. Agar kita tahu, yang segala keputusan bukanlah pada tangan kita. Lelaki tersebut mungkin matinya lebih dekat dengan tempat yang ditinggalkannya. Menjadikan perjalanannya sebuah kegagalan. Malah ketika matinya, malaikat seksaan sendiri mempersoalkan yang lelaki tersebut belum melakukan kebaikan pun. Akan tetapi, Allah memperlihatkan kita bahawa kita hanya perlu berbuat apa yang kita mampu dalam ruang lingkup kita yang terbatas. Dan selebihnya Allah yang akan tentukan. 

Maka, di sini juga saya ingin kongsikan dua recording yang membasahkan hati yang kering ini, dengan izin Allah. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua, dunia dan akhirat. 




Ouh, dan kita tak pernah tahu dimanakah had keupayaan kita untuk mencari redhaNya ^-^

No comments: