Tuesday, February 23, 2010

Escapism

Ari ni memang bagus. Idea dan kemudahan datang sekali lantas memudahkan aku untuk menulis entry ini. Haha. Ye la, biasanya tyme aku ada idea,laptop plak yang takde. Tyme aku xde idea plak, laptop tu sampai aku tak tau nak wat pe agy. Alkisahnya camni. Pagi pagi lagi mak aku tanya aku apa nak wat ari ni. Aku cakap cam biasa la. Pastu dia suro aku cari kerja, takut bosan dok umah, pikir macam macam plak. Pastu ada someone yang aku kenali td sempat la borak ngan aku. Well, family dia ada masalah dan statusnya sebagai anak menghalang dia untuk menunjukkan ketidak puasan hatinya. Dalam marahnya, dia cuba untuk bertenang dan dia berkata, "lagi baik aku dengar lagu je". Inilah yang kita panggil sebagai escapism. Tendency to indulge in enjoyable activities so as to ignore unpleasant realities. Hakikatnya, kita perlu untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Namun apabila ia berada di luar kemampuan kita, kita lebih cenderung untuk melupakannya dengan menyibukkan diri. Ia bukanklah sesuatu yang tidak baik. Malah, dalam bidang psikologi, apabila kita berhadapan kehilangan yang sukar untuk dilupakan, kita akan diminta membuat coping list. Ia adalah satu bentuk cara melupakan seseorang atau sesuatu yang telah hilang itu. Coping list ini pun sebenarnya adalah satu bentuk escapism. Bagi saya, blog ini juga adalah satu bentuk escapism untuk menghilangkan rasa bosan. Berhati-hatilah memilih bentuk escapism kerana ada yang baik dan ada yang tidak baik. Berpeganglah kepada agama kerana ia adalah lebih baik bagi kita.

No comments: