Wednesday, April 8, 2015

Nasihat

Aku pelat. Dan kepelatanku itu menjadi perkara yang biasa disindir sehingga aku menjadi lali dengan sindiran daripada kawan-kawanku. Bahkan, aku telah membentuk habit untuk mencari-cari sinonim yang bersesuaian sekiranya aku diejek. Kadang-kadang aku bertukar-tukar bahasa untuk mengelak. 

"Ko dah siap homework chemistry?"
"Homework apa?
"Kimia"

"Haa, belok kiri"
"Belok mana"
"Left"
"Hahahaha" pecah ketawa kami bersama

"Ada benda ko tak leh tukar, qlate."
"Apa?"
"Sejarah. Dalam english, history. Kalau bahasa arab, syajaratun"
"Hahahaha" pecah lagi kesepian malam dengan gelak ketawa kami. 

Biasanya aku lupa sindiran-sindiran ini. Alah bisa tegal biasa, kata orang tua-tua. Tambahan pula, aku pun turut ketawa bersama mereka. Tapi ada beberapa ketika, pengalaman itu sangat sukar dan menyeksakan.

Antaranya, bila aku diminta membaca di dalam kelas. Kawan-kawanku akan mula ketawa. Sebahagian guruku tahu aku pelat, maka mereka hanya senyap. Sebahagian tidak. Mereka jadi hairan, kenapa para pelajar gelak bila tiada apa yang melucukan hati berlaku. Lantas mereka bertanya. Apabila mereka diberitahu, sesetengah cuba untuk mengesahkan dengan meminta aku menyebut beberapa patah perkataan yang penuh dengan huruf R. 
"Cuba sebut Ferrero Rocher."
Satu kelas ketawa sakan. Di samping itu, ada sesetengah juga yang cuba untuk membetulkan aku.

Begitu juga di kelas al-Quran semasa aku kecil-kecil dahulu. Guruku akan memberikan beberapa tips. Kadang-kadang mereka akan menggunakan sebahagian waktu dalam kelas tersebut untuk mengajar aku menyebut huruf R dengan betul. 

Kawan-kawanku juga kadang-kadang ingin membantuku. Setelah surut gelak ketawa kami, sesetengah mereka akan memulakan sesi-sesi untuk membetulkan sebutanku. 

Notice the similarity? Semua cuba untuk membetulkan aku. Aku tak mempersoalkan niat dan keikhlasan mereka. Kadang-kadang terpancar dari raut muka mereka akan keikhlasan mereka untuk membantu. Namun keinginan mereka untuk membantu membuatkan ia bukan lagi sekadar jenaka. Ia bukan lagi perkara yang boleh disembunyikan dengan gelak ketawa. Dan hilangnya gelak ketawa itu menjadikan aku vulnerable. Rasa lemah kerana bertahun-tahun berlalu, namun aku masih pelat. Kadang-kadang pula, pertuturan mereka itu seolah-olah menggambarkan aku tidak pernah berusaha untuk memperbaiki kelemahan tersebut. Kadang-kadang mereka terlajak laju untuk membantu, dibetulkan aku di hadapan kelas yang penuh dengan kawan-kawanku.

Ingin membantu itu bagus. Tetapi biarlah bertempat. Kadang-kadang bantuan yang tidak dipinta hanya mengeruhkan keadaan.

Kadang-kadang, ada yang dah come in term dengan kelemahan tertentu dalam hidup mereka. There is no point of changing it, fikir mereka. Lalu, didatangkan kepada mereka segala macam sebab kenapa mereka perlu juga membetulkan diri mereka. Dalam kes aku, 

"Camne nak jadi imam? Sah ke kalo ko jadi imam nanti?"
"Hah, nanti baca quran tak betul. Elok-elok boleh tambah pahala, tambah dosa je"
"Ok ke bro ko nak gi US nanti? Kan kalo diorang tak faham, takkan ko nak translate melayu pulak?"

Ye betul. Anda betul. Tapi betulnya anda tak membuatkan ia menjadi satu perkara yang mudah dalam hidup saya. Betulnya anda hanya menambah rasa lemah dan menjadikan saya lebih vulnerable. Maka anda fikir saya akan lebih bersemangat untuk berubah?

p.s: aku bukan nak rant pasal kepelatan aku dan segala pengalaman pahit yang berlalu bersamanya. Tapi ada mesej yang ingin aku sampaikan melalui cerita ini. 



1 comment:

AriffB said...

Mesej tu akan diceritakan dalam entry seterusnya ke? Atau kena figure out sendiri?